LAMAN UTAMA
PENGENALAN
PERLEMBAGAAN
ISU-ISU YANG BOLEH DIBINCANGKAN DI DALAM MESYUARAT
PIHAK PENGURUSAN
AHLI-AHLI
UCAPAN DAN AMANAT PENGERUSI
MESYUARAT MBJ
HASIL PERBINCANGAN PIHAK PEKERJA DENGAN PIHAK MAJIKAN
GALERI
BORANG ONLINE
HASIL PERBINCANGAN PIHAK PEKERJA DENGAN PIHAK MAJIKAN TAHUN 2015

TAHUN 2015 | TAHUN 2016

ISU-ISU YANG TELAH DITIMBULKAN DAN DIBAWA KEPADA PIHAK PENGURUSAN PADA TAHUN 2015

BIL

ISU

TINDAKAN/CATATAN PIHAK PENGURUSAN

1

Mengkaji semula Kertas Cadangan Pindaan Perlembagaan MBJ JPANS.

Pihak Pengurusan bersetuju dengan cadangan untuk mengkaji semula Perlembagaan MBJ Jabatan untuk memastikan ianya relevan dengan struktur Jabatan masakini.

2

Forum ICT.

Pihak Pengurusan bersetuju dengan cadangan mewujudkan forum khas secara maya dimana pekerja dapat mengemukakan cadangan/komen berkaitan isu pekerja.  Garis panduan dan pentadbir forum akan disediakan.

3

Borang Khas (Format Kertas).

Pihak Pengurusan tidak bersetuju dengan cadangan menggunakan borang bagi mengemukakan isu pekerja dengan adanya forum ICT.

4

Mesyuarat Gabungan MBJ Kumpulan Pekerja Gred 41 – 44 dan Kategori Pekerja-Pekerja Am Kumpulan Pelaksanaan Gred 36 ke bawah di Pulau Mantanani, Kota Kinabalu.

Pihak Pengurusan bersetuju agar cadangan mengadakan mesyuarat gabungan pekerja di luar pejabat ditangguhkan dahulu selaras dengan arahan melalui Pekeliling Jabatan Ketua Menteri bilangan 1/2015.

5

Lawatan Sambil Belajar ke Negeri Melaka.

Pihak Pengurusan bersetuju agar cadangan mengadakan Lawatan Sambil Belajar ditangguhkan dahulu selaras dengan arahan melalui Pekeliling Jabatan Ketua Menteri bilangan 1/2015.

6

Lawatan Sambil Belajar ke Majlis Perbandaran Kuantan.

Pihak Pengurusan bersetuju agar cadangan mengadakan Lawatan Sambil Belajar ditangguhkan dahulu selaras dengan arahan melalui Pekeliling Jabatan Ketua Menteri bilangan 1/2015.

 

7

Taklimat tentang Insuran Berkelompok Kerajaan.

Pihak Pengurusan bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan taklimat tentang Insuran Berkelompok Kerajaan.  Taklimat telah diadakan pada 4 Ogos 2015.

 

8

Taklimat tentang Pekeliling Baharu.

Pihak Pengurusan bersetuju dengan cadangan ini dan taklimat akan diadakan pada 25 September 2015.  Taklimat dijadualkan semula akan diadakan pada 22 Disember 2015.

 

9

Biasiswa dan Cuti Belajar untuk gred 22 ke bawah.

Pihak Pengurusan memutuskan agar pihak pekerja menyediakan kertas kajian yang merangkumi keperluan semua anggota gred 22 dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.  Mesyuarat Majlis bersama JPAN pada 16 Disember 2015 memutuskan bahawa perkara ini telah dibincangkan dan telah tidak diluluskan.

 

10

Kajian Pelaksanaan Pekeliling Penubuhan Nursery di Premis Kerajaan.

Pihak Pengurusan mengambil maklum Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan telah mengambil tindakan berhubung perkara ini.  Pekeliling telah disediakan dan dalam tindakan Datuk PPAN untuk di bawa ke perhatian YB SKN. Bagi JPANS sendiri, ruang perpustakaan JPAN telah dikenalpasti untuk tujuan ini.

 

11

Kajian Pelaksanaan Flexi Grade Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Pihak Pengurusan mengambil maklum Bahagian Pembangunan Organisasi telah mengambil tindakan berhubung perkara ini.  Pekeliling telah dikeluarkan dan proses pertimbangan pegawai JPAN yang layak sedang dilaksanakan.

 

12

Masalah jentik-jentik dalam pasu yang mengandungi air.

Pihak Pengurusan mengambil maklum bahawa pasu yang mengandungi air tidak disediakan oleh pihak pentadbiran tetapi adalah milik pekerja sendiri.  Justeru pekerja perlu mengatasi masalah jentik-jentik yang terdapat dalam pasu tersebut.

 

13

Cadangan Bagi Menambahbaik Mekanisme Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Mengikut Kumpulan Gred.

Pihak Pengurusan mengambil maklum cadangan tersebut sebagai input kepada pertimbangan penerima APC akan datang.

* Gred di mana pencapaian/prestasi anggota dalam gred yang sama dinilai bersama.

* Jumlah anggota dalam gred di mana jumlah kuota APC diberikan berdasarkan jumlah anggota dalam gred berkenaan.

 

14

Tindakan Tatatertib anggota JPANS

 

Pihak Pengurusan mengambil maklum bahawa pihak Pekerja menerima keputusan yang telah dibuat dan mengharapkan agar semua anggota mengambil ikhtibar dari kes ini

 

15

Pelaksanaan Pekeliling Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai Yang Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam.

Pihak Pengurusan mengambil maklum bahawa pelaksanaan di peringkat Perkhidmatan Awam Negeri akan disesuaikan dengan Perlembagaan Negeri Sabah. Pihak Pekerja bersetuju dengan dasar baru ini dan memohon supaya ianya dilaksanakan sebaik-baiknya.

   
 

Hakcipta Terpelihara 2016 © Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah